Manusia mesti sanggup mengubah nasibnya sendiri. Bermula dengan memajukan diri sendiri dengan cara membuat pembetulan dan perubahan ke arah kemajuan secara terus-menerus. Oleh itu setiap orang perlulah disedarkan bahawa di dalam dirinya terdapat satu kuasa dan kehebatan yang tidak ternilai harganya. Kuasa dan kehebatan ini dapat dikembangkan untuk mencapai suatu hasil yang gemilang..