JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah


Rembau
26 Feb 2008

PKG Rembau dan PKG Kota telah bergabung tenaga mengadakan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Fasa 1 untuk Guru Perpustakaan & Media Daerah Rembau. Bengkel yang dihadiri oleh seramai 40 orang GPM ini membincangkan tentang Pengurusan PSS yang berkesan termasuk Program NILAM, Proses Teknik Buku dan Bukan Buku juga berkaitan dengan Penggredan PSS. Bengkel ini juga dihadiri oleh En. Radzi daripada S-Lib yang memberi penerangan tentang Sistem Automasi PSS. Fasilitator bengkel terdiri dari En. Fairuz Osman, Pegawai Unit Media Bestari BTPN NSDK, Pn. Royahu Salam, PTP PKG Ampangan dan Pn Rosimah Othman, PTP PKG Kota. Syabas dan tahniah kepada GPM Daerah Rembau yang begitu setia dari pagi hingga ke petang sepanjang sesi perbengkelan berlansung.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ... TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG PKG REMBAU