JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes

Impian Bakal Jadi Kenyataan - Tender Bangunan Baru PKG Rembau



Alhamdullilah ....setelah sekian lama tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu bilakah bangunan baru Pusat Kegiatan Guru Rembau akan didirikan maka inilah jawapannya...Notis / Tender JKR telah dipaparkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh :31 Ogos 2009 (Isnin)....berita ini adalah berita gembira bagi semua warga pendidik khususnya di Daerah Rembau sekaligus untuk BTPN Negeri Sembilan serta BTP.Untuk makluman semua Lawatan Tapak dan Taklimat akan diadakan pada 10.09.2009 (Khamis)jam 9.30 pagi di Pejabat Jurutera Daerah, JKR Rembau,NSDK.Moga projek ini berjalan lancar..insyallah.

Warna Kegemaran

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?

Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :

  1. MERAH
  2. HIJAU
  3. KUNING
  4. BIRU


Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.


 

Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.

Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.

  • MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

  • BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.
Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

Biru Muda
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.
Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

  • KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.
Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


 

  • HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.

  • KELABU & HITAM

Kelabu
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

Hitam
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

  • COKLAT & UNGU

Coklat
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

Ungu
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.


 

TAHNIAH vs SEDIH






Warga PKG Rembau amat terharu dengan kehilangan seorang dari warga SKUR yang berpindah ke SK Rahang kerana menjadi GPK HEM.Memandangkan PKG kami ini menumpang bangunan SKUR..maka hubungan kami dengan guru-guru SKUR amat erat..ada ketikanya tempat kami ini menjadi persinggahan rakan-rakan guru sekolah ini untuk mendapatkan "air cond" bagi menyejukkan badan setelah berpenat lelah di dalam kelas....Nak jadi cerita..guru yang kami maksudkan ialah Pn. Normala Abd.Ghani..beliau telah mengajar di sekolah ini selama 18 tahun dan menjadi rakan rapat warga PKG..setiap hari beliau akan menjengah ke PKG walaupun sebentar dan perpindahan beliau membuatkan kami seperti kehilangan sesuatu...sunyi...sayu...dan yang pasti kehilangan teman untuk membantu kami dimana ada ketikanya semua warga PKG terpaksa ke BTPN untuk bermesyuarat..beliau akan membantu kami menguruskan bilik mesyuarat seandainya bilik digunakan sepanjang ketiadaan kami..walaubagaimanapun sedih tetap sedih tetapi TAHNIAH diucapkan buat Pn. Normala...agar gembira di tempat baru...dengan jawatan baru...dan kereta baru..he..he..

Blog oh...blog

Nampak gayanya penggunaan blog semakin meriah di Daerah Rembau...kami warga PKG berasa amat terharu dengan perkembangan ini...diharapkan misi dan visi kami untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru dan pelajar akan terlaksana...itulah yang kami harap-harapkan...bukan sekadar sessi perbengkelan..dan selesai begitu saja..pada hari khamis yang lepas..kami telah mengadakan Mesyuarat Pemuafakatan PKG Rembau..apa yang kami lihat pengetua&guru besar amat teruja dengan perkembangan ini..alhamdullilah...sekurang-kurangnya terubat juga lara warga PKG..dalam kesibukan warga sekolah..masih sempat untuk menyebarkan ilmu yang kami beri kepada warga sekolah...diharapkan ianya akan berterusan..untuk GPM yang telah ditanya oleh pentadbir...memgapa tidak update blog selepas perbengkelan, mengapa tidak hantar maklumat STS, mengapa tidak hantar data NILAM, mengapa tidak hantar instrument pemantauan ke pkg...kami mohon ribuan ampun dan maaf...bukan niat kami untuk menyalahkan cikgu atau sebaliknya...tapi itulah keadaan sebenarnya...kami faham tugas cikgu...dan kami juga "menjalankan tugas"...Tahniah juga kepada warga SMKUR kerana telah memeriahkan dunia blogger..he..he..dan kepada semua GPM yang bertungkus lumus dalam perbengkelan blog yang lepas...sekali lagi terima kasih dan tahniah dari warga PKG Rembau,rakan-rakan PKG,fasilitator blog..ex:En.Shafie (PKG Johol) dan Ustaz Zaid (SK Pedas) seterusnya BTPN NSDK
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Selamat Hari Guru…… untuk anda semua..

Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah - SMK Undang Rembau

PSS SMK Undang Rembau
28 April 2009
2.45 ptg - 5.00 ptg
Pusat Sumber SMK Undang Rembau telah mengorak langkah dengan mengadakan Kursus Pengurusan Pusat Sumber untuk Pengawas Medianya bermula dari 28 hingga 30 April 2009. PTP PKG Rembau telah dijemput sebagai pemudah cara bagi kursus berkaitan. Diantara pengisian kursus yang akan berlangsung sepanjang tiga hari tersebut adalah berkaitan dengan Peranan dan Tugas Pengawas Media, Kenali Buku,Kaedah dan Teknik Membaca, Proses Teknik Buku serta Penyediaan Fail Tegak. Tahniah diucapkan kepada Guru Perpustakaan dan Media SMKUR, Cikgu Azhar yang begitu dedikasi merancang pelbagai aktiviti demi untuk kecemerlangan PSS SMKUR.

Lawatan Bimbingan ISO 9001-2000 BTPN NSDK

Pkg Rembau
28.04.09
11.30 pg-1.00 tgh

Pegawai dari Unit PKG NSDK, En Zamri telah mengunjungi PKG Rembau bersama-sama dengan Penolong Pengarah Unit PSP, En. Azizi bagi membuat lawatan bimbingan berkaitan dengan dokumen ISO 9001-2000. Pelbagai perkara berkaitan dengan penyediaan dokumen ISO telah kami perbincangkan dan untuk penambahbaikan bagi pemantauan akan datang. Warga PKG Rembau amat berbesar hati atas kunjungan tersebut dan terima kasih kepada BTPN NSDK di atas keperihatinan demi untuk kecemerlangan pendidikan.
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA ... TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG PKG REMBAU